10.05.08
Perasmian Stadium Utama kat kompleks sukan Gong Badak… Ramai gak datang… ribu2 gak kot orang yg membanjiri Stadium Utama ni ngan banjir air ujan skali…. Satu pakej banjir ni… Stadium ni nama dia Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin… perasmian stadium telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Aku datang lepas Maghrib.. tolak dari umah…. Huhhh da sampai dekat ngan stadium terus jam… tp budak2 mmg semangat… siap jln kaki lagi tu… dr sek. Teknik g ke stadium… huhhh…. Diaorg ni laju dr kereta… da tersekat… diaorg trus je… xde jam nya…. Mula2 sampai tu… xujan lagi… tengah2 mencari tempat duduk yg sesuai…. T’jupe yo ngan zai…. Pastu kitaorg plh tempat duduk yg xde bumbung… sbb time tu da xujan…
Stat je Tuanku rasmi… ujan mencurah-curah…. Seperti iklan koko-crunch – coklat mencurah ke ladang gandum… huhhhh…. Berduyung-duyung la manusia naik ke atas…. Semua da separuh basah… sbb tu jadi ikan duyung tu sbb da kena air…. Ang, ape ko mengarut ni!…. Aku n adik aku ngan tabah nya tunggu lagi dlm ujan ngan berbekalkn sekaki payung… hahahha…. Nk tengok CT… sanggup sejuk tu…. Last2…. Tggl aku je kat situ…. Hahhahaha…. Malu la plak….
Ujan makin lebat…. Ya Allah…. Tahap kesabaran aku da mula ilang… aku terpaksa naik ke tempat atas… paling atas…. Huhhhh….. xpe letih panjat tangga… yg penting bleh tengok CT… ramai orang…. Semua naik atas…. Yo ngan zai ntah ilang ke mane… aku pn xtau la…. Gambar CT pn xleh nk ambik… sbb aku duk kt atas, camera aku xleh nk zoom da…. Huhhhh….
CT nyanyi 4 lagu… lagu pastikan, biarla rahsia, destinasi cinta n ku mahu…. Puas ati la…. Anuar zain ada gak mlm tu… dia nyanyi 3 lagu… lelaki ini, ketulusan hati n satu lg xtau…. Aku bkn tau sgt lagu dia…. Nak blk plak sekian hal…. Mmg ssh gile nk kuar… dkt2 aku parking tu ada 3 buah motosikal kena curi…. Mcm2 la org ganu ni… tempat camni pn nk curi2 gak… xde keja lain…. Sempat plak tu…. Mmg pakar la… dkt kul 1 pagi gak sampai umah… huhhh… letih la….
klu lah semangat cmnie di jdkan daya tuk buat projek master..aku rse..xtau lew angah..setahun je…huhuhu…dah ramai glew postgraduate kat mlaysia nie…
May 13, 2008 @ 6:18 am